Pavel Nedvěd
Pavel Nedvěd

Pavel Nedvěd

Pavel Nedvěd (Templat:IPA-cs; lahir 30 Ogos 1972) merupakan bekas pemain bola sepak Republik Czech yang bermain di posisi pemain tengah. Nedvěd dikelaskan sebagai salah satu pemain terbaik pada eranya dan juga menjadi pemain terbaik yang berasal dari Republik Czech.[1] Beliau memenangi kejuaraan domestik dan menerima penghargaan Eropah ketika bersama kelab Itali, Lazio dan Juventus. Nedvěd menjadi kunci pemain bagi pasukan Republik Czech untuk melangkah ke perlawanan akhir Euro 1996. Beliau juga mengetuai pasukan kebangsaannya ke Euro 2004 di Portugal. Lebih-lebih lagi, Nedvěd membantu pasukan Republik Czech untuk layak ke Piala Dunia buat pertama kali sejak perpecahan Czechoslovakia.Nedvěd memenangi Ballon d'Or sebagai Pemain Terbaik Eropah pada tahun 2003. Beliau menjadi pemain Czech kedua menerima anugerah ini dan orang pertama sejak pemecahan Czechoslovakia. Ketika kariernya, Nedvěd menerima beberapa anugerah individu antaranya ialah Golden Foot pada 2004, Pemain Terbaik Republik Czech (empat kali) dan juga Bola Emas (enam kali). Beliau termasuk dalam senarai FIFA 100 oleh Pelé dan mendapat tempat dalam Pasukan Terbaik UEFA pada 2003, 2004 dan 2005. Beliau membuat persaraan rasmi selepas musim 2008–09.

Rujukan

WikiPedia: Pavel Nedvěd http://edition.cnn.com/2006/SPORT/football/12/05/i... http://www.euro2004.com/News/Kind=1/newsId=205742.... http://www.fifa.com/tournaments/archive/confederat... http://www.fifa.com/worldfootball/clubfootball/new... http://www.fifa.com/worldfootball/news/newsid=1064... http://www.footballdatabase.com/site/players/index... http://soccernet.espn.go.com/news/story/_/id/12922... http://www.goldenfoot.com/en/legends.html http://books.google.com/?id=7YVCwNJW1A8C&pg=PA36&d... http://www.google.com/hostednews/canadianpress/art...